Powered By Blogger

Monday, February 23, 2015

TAJUK 2 : GURU DAN PERUNDANGAN


PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002)

PENGENALAN 

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut: 
  • Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
  • Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan
  • Hukuman Tindakan Tatatertib

TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


PENGENALAN

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.


INTERGRASI NASIONAL

Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”