PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002)
PENGENALAN
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut:
- Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
- Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan
- Hukuman Tindakan Tatatertib