Powered By Blogger

Monday, February 23, 2015

TAJUK 2 : GURU DAN PERUNDANGAN


PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002)

PENGENALAN 

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut: 
  • Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
  • Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan
  • Hukuman Tindakan Tatatertib
PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4 (1)
  1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
  2. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut:
  • Bersubahat dengan musuh negara
  • Membocorkan rahsia Kerajaan.
  • Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
  • Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
  • Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh:
  • membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya
  • berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya
  • berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa
  • seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam
  • seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha
  • seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah
  • seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab
  • membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
  • membantah atau melawan pegawai atasan
  • cuai dalam melaksanakan tugasnya

PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]
  • Sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan. Contoh pelanggaran peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

PERATURAN 9 : Menerima/ Memberi Keraian
  • Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].

PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.
Seseorang pegawai tidak boleh;
  • menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
  • menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

PERATURAN 12 : Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang / Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius
  • Peraturan 13.(1)Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
  • Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika (a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya.

PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan

PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya
  • Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
  • Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/
  • majalah/jurnal kecuali, penerbitan
  • Jabatan
  • Profesional
  • Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
  • Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

PERATURAN 6 : Pakaian
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
  • Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
  • Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Rumusan
Guru merupakan seorang penjawat awam yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kerajaan. Sebagai penjawat awam, guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi disamping sentiasa bertindak dan berkelakuan sepertimana yang dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang termaktub di dalam perintah am.

AKTA PENDIDIKAN 

Akta Pendidikan 1996


  • merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
  • bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
  • Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
  • Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.


Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

  • memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
  • Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.
  • Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
  • mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.
  • memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
  • penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
  • menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.
  • Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.
  • memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.
  • mempertingkatkan pendidikan teknikal.
  • memperkukuhan latihan perguruan.
  • pendidikan swasta yang lebih sistematik.
  • memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

Antara kandungan Akta Pendidikan 1996

  • Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
  • Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
  • Seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
  • Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.
  • Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.
  •  Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
  • Seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
  • Seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.
  • Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.
  • Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
  • Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.


Rumusan

Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang di dalamnya terkandung segala pekara yang berkaitan dengan pendidikan Negara yang bertunjangkan falsafah pendidkan kebangsaan. Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini
adalah amat mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian pendidikan dan kerajaan amnya.

Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008)

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka turut dijaga.
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemuliharaan, pembangunan dan kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis Kebangsaan bagi OKU. Akta ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10 Disember 2007 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga menumpukan kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan.

Matlamat Akta OKU 2008

Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang berkesan untuk menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya. Langkah ini bukan sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga turut menyediakan ruang untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat keseluruhannya.

Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang menyebabkan mereka menghadapi pelbagai halangan lalu menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam masyarakat.

Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang ini dengan jelas menyatakan orang kurang upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut:

Tempat dan Perkhidmatan
  • OKU harus mempunyai hak untuk akses dan menggunakan kemudahan awam, amenity, perkhidmatan dan pembangunan awam yang sama dengan orang normal.
  • Kerajaan perlu mempastikan kesemua kemudahan awam, amenitii, perkhidmatan dan bangunan direka bentuk mengikut kesesuaian atau mesra pengguna dengan OKU.
  • Pengangkutan awam
  • OKU harus mempunyai hak untuk akses kepada pengangkutan awam dengan mudah. Kerajaan harus mempastikan rekabentuk pengangkutan awam yang bersesuaian dengan semua orang.

Pendidikan
  • OKU tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas tidak keupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dari pendidikan pra sekolah, rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat.
  • Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah menyediakan material sokongan pengajaran seperti bahasa isyarat dan Braille.


Pekerjaan
  • OKU hendaklah hendaklah mempunyai hak untuk mendapat pekerjaan dengan peluang yang saksama.
  • Majikan hendaklah melindungi hak OKU dengan memberikan kesetaraan dengan orang upaya termasuk peluang yang sama dan pembayaran untuk kerja yang sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang selamat dan sihat, daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Komputer, Maklumat dan Teknologi
  • Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK hendaklah memastikan OKU mempunyai hak untuk akses kepada TMK atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
  • Kerajaan dan penyedia TMK hendaklah, bagi membolehkan OKU mempunyai akses sedemikian dengan menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi yang boleh akses, bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan.
  • Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan bahasa isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentative dan alternative dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses yang boleh dipilih oleh orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Kehidupan berbudaya
  • Orang kurang upaya mesti mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya.
  • Orang kurang upaya mempunyai hak untuk mengetahui budaya dan bahasa sendiri, menikmati cara kehidupan seperti orang biasa, menikmati program televisyen, filem, teater, muzim, perpustakaan dan pelancongan.

Habilitasi dan rehabilitasi
  • Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, social dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semuaa spek kehidupan.
  • Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambi langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi danlatihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

Kesihatan
  • Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan
  • Kerajaan hendaklah menyediakan pakar terapi pengucapan,fisioterapidan terapi pekerjaan.
  • Kerajaan juga hendaklah mencegah dari berlakunya kurang upaya selanjutnya, imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.
  • Perlindungan kepada Orang Kurang Upaya yang Serius
  • Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan dan sokongan untuk memastikan orang yang mempunyai kurang upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan yang baik selepas kematian penjaganya.
  • NGO yang berniat untuk menyediakan penjagaan institusi kepada orang kurang upaya yang serius atau penjaga kepada orang kurang upaya yang serus haruslah membuat permohonan untuk mendapatkan insentif bagi menyediakan penjagaan daripada majlis.

Pertolongan Ketika Kecemasan
  • Orang kurang upaya mempunyai hak untuk dibantu setara dengan orang upaya dalam situasi kecemasan dan berisiko demi kemanusiaan, termasuklah ketika perang atau kemusnahan semulajadi.

Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

Disamping itu, kerajaan hendaklah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. Peranan majlis ini adalah seperti berikut:
  • Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan, organisasi dan syarikat untuk melaksanakan pelan.
  • Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat kepada kerajaan untuk memajukan meningkatkan sokongan kepada orang kurang upaya.
  • Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang orang kurang upaya.
  • Meningkatkan system pendidikan.
  • Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan ;latihan kemahiran untuk orang kurang upaya.
Rumusan

Orang Kurang Upaya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Mereka berhak untuk menikmati pembangunan negara kita dalam semua aspek seperti pendidikan, perhubungan, TMK, perkhidmatan kesihatan, kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain. Tanggungjawab kerajaan dalam membantu Orang Kurang Upaya telah ditunjukkan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), 1997 merupakan satu usaha kerajaan untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada semua warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau kecacatan seseorang.

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, memberi tafsiran;
“Murid-murid dengan keperluan khas’ ertinya murid murid yang mempunyai cacat penglihatan atau kecacatan pengdengaran atau masalah pembelajaran”.

Manakala Program Pendidikan Khas ditafsirkan sebagai;
  • suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;
  • suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan
  • satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Kelayakan untuk Program Pendidikan Khas
Semua pelajar berkeperluan khas yang boleh dididik dan mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain boleh diterima bersekolah sepertimana yang disebut dalam Peraturan Pendidikan Khas 1997, Bahagian II 3(2) seksyen 41 dalam akta Pendidikan 1996.

i. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh         dididik adalah layak menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid berikut:
  • murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan
  • murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
ii. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

Kurikulum
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Rumusan

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) digubal khusus untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dapat diterjemahkan di dalam system pendidikan kebangsaan di mana semua warga mempunyai akses pendidikan tanpa mengira keadaan fizikal serta latar belakang mereka. Komitmen kerajaan juga dengan jelas dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 di bawah tajuk ‘kumpulan berkeperluan khusus’ khasnya untuk golongan sasar ini.
Penambahbaikan peraturan ini juga dilakukan dari semasa ke semasa terutamanya dengan pindaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang telah diwartakan pada 18 Julai 2013 dan digunapakai pada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang melaksanakan pendidikan khas di seluruh negara.

RUJUKAN

‘Akta Pendidikan 1996’; http://ipt.moe.gov.my.
Surat Pekeliling Perkhidmatan, Bil.1 (2008).
Surat pekeliling perkhidmatan, bil.2 (1985).
Surat Pekeliling Ikhtisas bil.5/1998, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan akta Pendidikan 1996.
‘Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-G’ (2006), International Law Book Service, Petaling Jaya:Selangor.


No comments:

Post a Comment