Powered By Blogger

Sunday, March 1, 2015

TAJUK 3: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID



TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Gangguan Emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.



Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda.

Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid adalah:

  • Kurang selera makan
  • Loya tekak dan sering muntah
  • Suka menyendiri / mengasing diri
  • Sering sakit perut/ sakit kepala
  • Kemurungan
  • Kelihatan sedih/ kecewa
  • Kurang keyakinan diri
  • Kerap menangis tanpa
  • Suka menggigit kuku
  • Cepat marah
  • Bertindak agresif/ impulsif
  • Ketakutan dan kebimbangan yang melampau
  • Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk
  • Kerap diserang penyakit
  • Bertingkah laku ganjil


Punca Gangguan emosi

Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.

Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.

Faktor Kekeluargaan

  • Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa
  • Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan
  • hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik beradik
  • kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa
  • penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
  • sikap ibu bapa yang pilih kasih


Faktor rakan sebaya

  • rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh
  • ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya
  • ugutan dan buli rakan sebaya
  • rakan sebaya yang suka menunjuk
  • disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya

Faktor Guru

  • guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi
  • gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
  • kemahiran komunikasi guru
  • guru yang kasar dan agresif
  • Hubungan guru murid yang kurang mesra
  • kepimpinan guru yang autokratik


Faktor sekolah

  • suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif
  • kurang kemudahan infrustruktur sekolah
  • sikap pentadbir sekolah
  • budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akdemik
  • peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat


 Faktor persekitaran

  • ahli masyarakat yang materialistik
  • hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat
  • kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat
  • diskriminasi dalam masyarakat


Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid
Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.
Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:

  • Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenalpasti punca gangguan emosi
  • Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
  • Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
  • Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
  • Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
  • Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
  • Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif


HAK ASASI KANAK-KANAK
Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.
Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.

Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-kanak untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. Berdasarkan dokumen konvensyen tersebut, kanak-kanak adalah diberi perlindungan daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.

Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi,kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindung dalam kehidupan mereka.

Prinsip-prinsip Konvensyen
Konvensyen ini telah menetapkan beberapa prinsip,iaitu;

  • Tidak ada diskriminasi terhadap kanak-kanak

Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya mempunyai hak yang sama.

  • Kepentingan terbaik bagi kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak.
  • Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
  • Hak untuk Penyertaan

Kanak-kanak hendaklah dibolehkan turut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat dan pandangan. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius.

Definisi Kanak-kanak
Perkara 1- Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

Hak Kanak-kanak

  • Hak kehidupan
  • Hak Perlindungan
  • Hak Perkembangan
  • Hak Penyertaan

Hak Kehidupan
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan hak kanak-kanak untuk hidup dipenuhi.

Perkara 6 : Semua kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Hak Perlindungan
Hak perlindungan ke atas kanak-kanak merangkumi perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak tanpa keluarga atau pelarian harus diberi perlidungan yang sewajarnya. Di samping itu perlindungan seksual, fizikal, dan eksploitasi, pengabaian, penyalahgunaan dadah dan diskriminasi juga merupakan hak kanak-kanak. Negara hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak sekiranya mereka diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga.

Perkara 3: Negara hendaklah memberikan penjagaan secukupnya kepada kanak-kanak melalui pihak berkuasa tempatan yang berkaitan sekiranya kanak-kanak tersebut diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu memantapkan semula aspek asas identiti termasuk kerakyatan dan hubungan kekeluargaan.

Hak Perkembangan
Ibu bapa, keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak berkembang dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang dengan lebih optimum.

Perkara 5: Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa atau keluarga kembangan untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.

Hak Penyertaan
Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Pandangan dan pendapat mereka berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan diguna pakai. Mereka juga berhak untuk menyertai aktiviti atau program persatuan dan kelab.

Perkara 12: Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua perkara berkaitan dengan hal kanak-kanak.

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak,1989 dengan mewujudkan persekitaran, peluang dan ruang hak-hak kanak-kanak tersebut dapat dilaksanakan.
Di antara komitmen Malaysia terhadap pengiktirafan hak kanak-kanak, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut:

  • Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995
  • Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
  • Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997
  • Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 ( bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Hak kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hak Kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub dalam konvensyen Hak Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak Perlindungan, Hak Perkembangan dan Hak Penyertaan.

  • Hak kehidupan

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di Malaysia mesti menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif. makanan yang seimbang dan air yang bersih.Ianya dapat menjamin kelangsungan hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang dan air yang bersih diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk hidup yang positif dan aktif.

  • Hak Perlindungan

Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset yang sangat berharga untuk masa depan Negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak di Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif seperti penderaan, pengabaian, ekploitasi dan penghambaan. Perlindungan akan diberikan kepada kanak-kanak yang didera samada fizikal, emosi atau seksual. Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian oleh penjaga dan eksploitasi merupakan fenomena yang berlanjutan dan perlu dibenteras. Kerajaan Malaysia memandang isu-isu ini sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan Negara. Pihak yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke atas kanak-kanak akan dikenakan hukuman yang berat.


  • Hak Perkembangan

Selaras dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia memberi perhatian yang serius dalam perkembangan holistik kanak-kanak yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ibu bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada kanak-kanak dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal seperti ilmu agama dan nilai moral. Minat membaca dan kecintaan kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari kecil demi memastikan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagi aspek.

  • Hak Penyertaan

Kanak-kanak di Malaysia diberi hak untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan. Melalui bermain mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat meningkatkan kemahiran social mereka. Mereka boleh bergaul bebas tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia tidak dihalang untuk menyertai dan menjadi ahli persatuan dan kelab.

USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK
Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya, beberapa usaha telah dilaksanakan dan beberapa akta perundangan telah dibentuk, di antaranya;

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)
Akta ini berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan ke atas kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dari penderaan, pengabaian, eksploitasi dan penghambaan.

Seksyen 2 berkaitan dengan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sekiranya :

  • Kanak-kanak yang berkemungkinan besar dicedera atau dianiaya dari aspek fizikal, emosi dan seks.
  • Penjaga kanak-kanak tidak layak / mengabaikan atau tiada keupayaan untuk menjaga dan memelihara kanak-kanak dengan sewajarnya.
  • Penjaga kanak-kanak telah melakukan pengabaian atau tidak sanggup menjaga dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk kanak-kanak.
  • Tiada penjaga yang sanggup untuk menjaga atau kanak-kanak ditinggalkan oleh penjaganya, tiada orang lain layak untuk menjaganya.
  • Pengabaian dilakukan ke atas kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan, siasatan atau rawatan.
  • Kanak-kanak berkelakuan yang boleh mencederakan dirinya atau orang lain atau tiada orang lain yang sanggup menjaga dan memperbaiki keadaan.
  • Terdapat pertelingkahan kanak-kanak dengan penjaga atau petelingkahan antara penjaganya. Pertelingkahan menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas dan menyebabkan gangguan emosi kanak-kanak.
  • Kanak-kanak terlibat dengan mana-mana kesalahan dalam Bab XVI Kanun Keseksaan.

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

  • Akta ini berkaitan dengan pendaftaran, penawalan dan pemeriksaa taman-taman asuhan kanak-kanak.
  • Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun.
  • Akta ini memberi jaminan kepada kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak bawah 4 tahun.
  • Kawalan, pengawasan dan pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan penguatkuasaan pendaftaran taman-taman asuhan kanak-kanak ini.
  • Pihak berkaitan berhak masuk dan memeriksa taman-taman asuhan demi kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.


Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257)

  • Bagi melindungi kanak-kanak daripada didera, diabai dan dieksploitasi,
  • Akta ini dibentuk untuk mengawal selia urusan pengambilan anak angkat serta menjamin kebajikan kanak-kanak .
  • Peruntukan undang-undang dalam akta ini adalah sebagaimana dikanunkan dalam Ordinan mengangkat anak 1960.

Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

  • Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 merupakan gabungan tiga undang-undang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.
  • Ianya merupakan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak demi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.
  • Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta ini adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.
  • Istilah kanak-kanak menurut akta ini adalah mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.
  • Akta ini memperuntukkan tugas dan tanggungjawab undang-undang ibu bapa atau penjaga untuk mengambil berat keadaan anak-anak mereka.
  • Di samping itu, akta ini mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada pelindung jika mereka mempunyai alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks.
  • Rasional ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk memaklumkan tentang kemungkinan seseorang kanak-kanak itu didera adalah kerana mereka merupakan antara pihak yang dekat dengan kanak-kanak tersebut. Mereka ini juga berkemungkinan besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera.
  • Jika seseorang kanak-kanak dituduh atas apa-apa kesalahan, maka Mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah memerintahkan supaya ibu dan bapa kanak-kanak tersebut hadir ke mahkamah kecuali Mahkamah berpuashati bahawa adalah tidak munasabah untuk mengehendaki kehadiran mereka
  • Akta ini juga memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak, menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu dianiaya, diabai, dibuang atau didedah hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual, maka orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
  • Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas dan maka hukuman yang berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM
  • 10,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau keduaduanya. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.



  • Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak

Pasukan pelindung dan pusat aktiviti kanak-kanak telah ditubuhkan
di peringkat negeri dan daerah yang bertujuan memberikan
perkhidmatan kepada keluarga atau kanak-kanak yang terdedah kepada
keganasan, seksual, penderaan dan sebagainya.

  • Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak

Pasukan ini ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri untuk
menyelia dan memantau kes-kes penderaan dan pengabaian kanakkanak
yang dirujuk di hospital.

  •  Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara

Kanak-kanak di Malaysia diberi hak bersuara dan memberi
pendapat. Suara kanak-kanak didengar melalui penglibatan mereka
dalam penilaian Pelan Tindakan Negara Pertama dan merangka Pelan
Tindakan Negara Kedua. Elemen-elemen dalam Konvensyen Hak
Kanak-kanak telah diambil kira dalam merangka Pelan Tindakan Negara
Kedua.

Rujukan
Lori Lite, (2014). Stress Free Kids: A Parent's Guide to Helping Build Self-Esteem,
Manage Stress, and Reduce Anxiety in Children, Massachuset, USA,
Adam Media.
Marion, M. (2003). Guidance of young children, 6th Ed. Columbus, Ohio:
Merrill/Prentice-Hall.
Robert J. Haggerty, (1996).Stress, Risk, and Resilience in Children and
Adolescents: Processes, Mechanismes and Interventions, Cambridge, UK,
Cambridge University Press.
See Ching Mey dan Lee Siew Siew , (2005). Kemurungan Di kalangan pelajar:
Satu Kajian Kes , Jurnal Pendidik dan Pendidikan,Jil. 20, 113–129
http://www.heartmath.org/free-services/downloads/helping-children-managestress.
html
http://pubs.ext.vt.edu/350/350-054/350-054_pdf.pd
http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?ArticleID

No comments:

Post a Comment